Friday, June 26, 2009

hujan

biarkan hujan turun
membasahi bumi
yang panas dengan dosa
angkara insan durjana
binatang bertopengkan manusia

biar hujan turun
menyirami bumi
yang kering dengan cahaya
iman yang kian pupus
ditenggelami api serakah

biar hujan turun
menyucikan tangan ini
yang telah lama
bergelumang dosa
alpa dengan dunia

jangan biar berhenti
hujan rahmat ini
aku tak mahu mati
dalam lumpur dan kotoran
dalam kesesatan dan kegelapan
dengan bekalan yang serba kekurangan

Tuesday, June 9, 2009

mata

bila bertentang mata
lidah kelu seribu bahasa
bila dia tiada
rindu untuk bersemuka

beribu kata disusun di minda
ayat-ayat yang bisa mencairkan jiwa
kenapa tak dapat diungkapkan
membiarkan diri tak keruan.

Sunday, June 7, 2009

rehat sebentar

tiada inspirasi
sibuk dengan kerja
pergi pagi
balik petang
itulah norma aku
inilah yang dinamakan kerja
bila balik
hanya ingat nak makan dan tidur
lupakan tv
lupakan laptop
movie apatah lagi
pintu mata dah nak tutup

lagi setahun aku bakal bergelar graduan
insya ALlah
dan kemudian bekerja
kerja
kerja
dan kerja
sampai masa;cuti
membosankan
kehidupan hitam putih sebegitu perlu dicorakkan
aku amat berharap
coraknya itu
diperbuat daripada warna-warna muzik
bingkisan kata-kata yang tersayang
dan corat-coret teman

sebut tentang tersayang
hatiku kini telah dicuri
harap-harap dia memulangkan semula