Friday, December 11, 2009

sepi

sepi
menanti hari
melihat tangan jam yang berpusing
bila angka menjadi
satu benda yang dibenci

langkah panjang menjadi kecil
bila pandangan menjadi lamunan
melayan gerak hati dan perasaan
jiwa yang kosong tanpa isi

sepi
aku sendiri
hati jadi penat
rasa jadi kelat
minda jadi ketat
pedih tak berubat

Thursday, November 5, 2009

hati

jika benar hati itu rapuh
kenapa diri ini masih teguh

jika benar hati itu merah
kenapa aku mesti resah

jika benar hati itu cinta
kenapa benci ada

jika benar hati tak bohong
kenapa masih rasa kosong

jika benar hati itu lautan
kenapa hanyut tak nampak tangan

jika benar hati gembira
kenapa hujan sentiasa

entah kenapa
semak rasa jiwa
ngilu tengok mereka
kosong tak terkata
penat berjiwa lara
benci dengan kata

mati
entah bila

Friday, June 26, 2009

hujan

biarkan hujan turun
membasahi bumi
yang panas dengan dosa
angkara insan durjana
binatang bertopengkan manusia

biar hujan turun
menyirami bumi
yang kering dengan cahaya
iman yang kian pupus
ditenggelami api serakah

biar hujan turun
menyucikan tangan ini
yang telah lama
bergelumang dosa
alpa dengan dunia

jangan biar berhenti
hujan rahmat ini
aku tak mahu mati
dalam lumpur dan kotoran
dalam kesesatan dan kegelapan
dengan bekalan yang serba kekurangan

Tuesday, June 9, 2009

mata

bila bertentang mata
lidah kelu seribu bahasa
bila dia tiada
rindu untuk bersemuka

beribu kata disusun di minda
ayat-ayat yang bisa mencairkan jiwa
kenapa tak dapat diungkapkan
membiarkan diri tak keruan.

Sunday, June 7, 2009

rehat sebentar

tiada inspirasi
sibuk dengan kerja
pergi pagi
balik petang
itulah norma aku
inilah yang dinamakan kerja
bila balik
hanya ingat nak makan dan tidur
lupakan tv
lupakan laptop
movie apatah lagi
pintu mata dah nak tutup

lagi setahun aku bakal bergelar graduan
insya ALlah
dan kemudian bekerja
kerja
kerja
dan kerja
sampai masa;cuti
membosankan
kehidupan hitam putih sebegitu perlu dicorakkan
aku amat berharap
coraknya itu
diperbuat daripada warna-warna muzik
bingkisan kata-kata yang tersayang
dan corat-coret teman

sebut tentang tersayang
hatiku kini telah dicuri
harap-harap dia memulangkan semula

Monday, March 9, 2009

permintaan

aku minta cinta
dan dia datang

tapi bukan itu
bukan itu yang ku mahu
aku mahu cinta yang baru
bukan dia
yang datang semula

mujur
yang satu lagi
membalas mesejku
memberikan aku
satu harapan

harapan aku setinggi langit
mampukah aku mencapainya?

aku minta cinta

Monday, February 23, 2009

hilang

hilang segala video
hilang segala movie
hilang segala series
hilang gitartab aku
babi!!
virus sial

Tuesday, January 20, 2009

aku cemburu

aku cemburu
tengok orang lain
berkasih-kasihan
bermesra sesama pasangan

aku dah lupa
akan perasaan itu
indahnya bila dicinta
aku dah lupa

tengok mereka
berpegangan tangan
aku teringin menjadi
seperti mereka
tapi dengan siapa?

aku cemburu
dan aku dah lupa
boleh kamu bantu aku?

Tuesday, January 13, 2009

duduk

duduk tenang di situ
fikir tentang tadi
tentang kau dan mereka
kau menghampakan mereka
kau kecewakan mereka
ah
itu hanya permainan sahaja
biarkan
nanti eloklah dia
tenang
jangan risau
esok kau akan kembali

Saturday, January 3, 2009

ada komen

haha
aku tak perasan
blog ini ada komen
selama ini aku hanya update dengan tulisan aku sahaja
tapi tadi
aku sempat membaca kembali blog ini
terselit beberapa komen yang aku tak pernah baca
dari syieda
seorang blogger yang aku jumpa di myspace
dan mak cik lin
haha
dia juga punya blog
apa2 pun
terima kasih
kerana sudi membaca blog ini.

*peluk besar*

dalam jiwa ini

dalam jiwa ini
ada kekosongan
di kala malam
tambah pula sebelum lena
meruntun jiwa
sebelum dibuai mimpi

dalam jiwa ini
ada kekosongan
aku pernah
isikan dengan ilmu
makin dalam
isikan dengan agama
hanya sementara

aku cuba
isikan dengan teman
tak penuh
isikan dengan mereka
yang ku rasa mampu
tapi
dihiris bagai pisau

aku mencari
tapi entah tak kutemui
benarkah dia ada
atau sebaliknya
sampai bila menanti
hingga bernanahkah?

dalam jiwa ini
ada kekosongan
sangat lapang
dan sangat resah
mampukah kamu mengisinya?

Thursday, January 1, 2009

kawan

beri aku nafasmu
untuk aku berdiri
hilangkan letihku
untuk aku kembali
tenang seperti dirimu
tak pernah ada
resah di dalam jiwa

lajukan langkahku
dapat ku kejar
di hadapanku
semua cahaya
kau di belakangku
membantu aku
menuju ke tempat itu

aku dan engkau
sama hati
sama rasa
sama jiwa
jangan ada dinding
jangan ada tembok
jika ada
kita bersama pecahkan
kita bersama runtuhkan