Thursday, December 18, 2008

resah

sangat gelisah
menanti keputusan sem lepas
berkali-kali aku bukak esmp
nak tengok keputusan
tapi tak keluar lagi
yang ada hanya keputusan dahulu kala
sedih

*argh..sakit perut aku dibuatnya!!*

Tuesday, November 25, 2008

cerita sedih

sedih betul hari ini.
orang kesayangan aku masuk hospital.
doktor kata dia ada luka di perut.
setelah dibawa ke Pusrawi,dia dirujuk pula kepada Hospital Selayang.
terpaksa bersemayam di situ.
sedih tengok dia sakit.
nak diberi ubat
aku tak layak.
biarlah yang pakar saja mengubatinya.
lepas diberi suntikan pelali,doktor periksa menggunakan tiub.
tapi keputusannya belum diterima lagi.
sebelum aku pulang ke rumah
aku cium pipinya
berharap dapat menciumnya sekali lagi esok.
Ya Allah
berikanlah dia kekuatan untuk menghadapi ujian ini.
aku mahu dia sihat semula
melihat dia tersenyum gembira.
Amin ya rabbul alamin.

Wednesday, November 12, 2008

apa guna jam?

tengok jam sekarang.
pukul berapa?
*tengok jam*
2.47
kenapa tak tidur lagi?
sebab
aku takut benda dahulu terjadi lagi
benda apa?

*diam*

Saturday, November 8, 2008

kenapa di sini?

aku sudah ada satu blog
itu di dalam bahasa inggeris
ini di dalam bahasa melayu
atau lebih tepat lagi bahasa malaysia
aku tidak fasih berbahasa melayu(ya.aku akui)
tapi aku fasih berbahasa malaysia
haha
apa bezanya?
bezanya
bahasa melayu adalah bahasa yang asli
tiada perisa tambahan
dan ia mempunyai struktur-struktur tertentu yang mungkin aku dan anda yang membacanya tak faham
tapi bahasa malaysia adalah bahasa mudah
boleh ditambah sesuka hati
boleh diubahsuai

sebab kedua aku buat blog ini
adalah untuk meluahkan kata-kata sisi gelap aku
kalau di dalam blog yang lagi satu
aku kelihatan ceria
tiada masalah
di sini aku akan paparkan segala luahan hati
apa yang aku benci
apa yang buat aku meluat
apa sahaja yang tidak sesuai untuk tontonan umum
sebab itu
dalam pos pertama
aku katakan
jangan terasa hati apabila membaca blog ini


bukakan minda
lapangkan dada
terimalah diri aku seadanya
ikhlas dari aku yang juga manusia
sama seperti kau yang punya hati dan minda

Sunday, November 2, 2008

Guris

ku percaya pada mu,

menghulurkan mu oh tangan ku,

ku percaya pada mu,

ku turuti mu oh hendak mu,

kau mengkhianati aku,

kau permainkan perasaan ku,

kau menikam dan meludahku,

kau dedahkan, warna mu,

sendiri ku menangis,

menangis dlm kekecewaan,

ku sendiri,

menangis ku menangis menangis dalam keseorangan,

ohh,

sendiri ku belajar dari pengalaman hidup sendiri,

ku sendiri

relakan relakan,

agar ku mampu berdiri sendirian

dengarlah.

diambil dari sini

Friday, October 31, 2008

pertama!

kata-kata hati
lahir pada 1 november 2008
bakal menjadi temanku selama hayat aku di dunia
tulisan di dalam bahasa ibunda selepas 4 bulan menulis di dalam bahasa asing
ini tempat aku meluahkan isi hati
apa yang tersurat dan tersirat
jangan ambil hati
aku juga manusia